Dr Khairiah Seman adalah lulusan Fakulti Perubatan Flinders University of South Australia dalam tahun 1995 dan memulakan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di Hospital Kota Bharu pada tahun 1996. Pada tahun 1997, beliau berpindah ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan bertugas sebagai pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi selama 2 tahun. Beliau kembali ke Hospital Besar Kota Bharu pada tahun 1999 kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat Masters di bidang Obstetrik dan Ginekologi.

Setelah tamat pengajian peringkat Masters pada tahun 2003, beliau terus berkhidmat sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kota Bharu sebelum beliau meletakkan jawatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2005.

Setelah berhenti dari perkhidmatan kerajaan, Dr Khairiah kembali semula ke Johor dan bertugas sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Penawar Pasir Gudang sehingga bila beliau berpindah ke Klang Selangor pada Ogos 2007. Bersama rakan-rakannya, Dr Khairiah berjaya membuka Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah pada akhir tahun 2007,di mana beliau sekarang bertugas sepenuh masa  sebagai pakar Obstetrik dan Ginekologi.