Dr Herlina Mustaffa berkelulusan Fakulti Perubatan Universiti Malaya dalam tahun 1992. Beliau telah berkhidmat selama satu tahun di Hospital Universiti Petaling Jaya. Di sana beliau telah bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Ortopedik dan Jabatan Surgeri. Kemudian bertugas di Hospital Daerah Banting selama 3 tahun.
Beliau bertugas di Jabatan Perubatan, Pediatrik, Ortopedik, Surgeri, Kecemasan dan Pesakit Luar semasa di Hospital Daerah Banting sebelum meletak jawatan pada tahun 1997. Juga berpengalaman bekerja di beberapa klinik sekitar Shah Alam dan Klang sebelum menyertai Poliklinik Barakah pada tahun 2009.